DISEBALIK MRT

mao

Sekitar penghujung tahun 1958, China mengalami satu revolusi pertanian berskala besar. Presiden Mao Zedong bercita-cita menjadikan China sebuah negara kuasa ekonomi dunia mengatasi Britain dalam sektor ekonomi khususnya sektor eksport iron steel. Perindustrian dilakukan secara serentak diseluruh China. Rakyat diasingkan dan dikerah bekerja hampir 24 jam sehari. Keretapi digunakan sebagai pengangkutan utama. Mereka dikerah membina landasan keretapi dari 20,000 km sehingga 120,000 km. Ramai yang mati kerana kerana terlalu penat berkerja dan menemui kecelakaan seperti keretapi tergelincir, terjunam ke lereng bukit dan lain-lain.

japan-death-rail

Bagi rakyat Malaysia, pengalaman pembinaan landasan Keretapi maut di Siam ketika pendudukan Jepun di Tanah Malaya juga satu yang tidak dapat dilupakan. Kaum lelaki dipisahkan dari anak dan isteri. Mereka dikumpulkan dan dihantar ke Siam untuk membina landasan keretapi di sana. Mereka bekerja tanpa henti dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun. Dalam hanya beberapa tahun, ramai dikalangan mereka yang maut kerana ditimpa kecelakaan dan terlalu penat bekerja. Bagi sesiapa yang ingkar atau cuba melarikan diri akan dihukum pancung oleh tentera Jepun. Ia satu zaman yang amat sukar.

b94138936cd9b7fff9f8cf2d3aa6451d

Zaman berubah, Malaysia kini semakin pesat membangun. Dari keretapi buatan penjajah British dan Jepun, kini anak Malaysia berbangga dengan MRT buatan sendiri. Jika dahulu, keretapi hanya merentas kampung dan pedalaman, kini MRT gah meluncur di tengah Kota Metropolitan hanya dalam beberapa minit. Mungkin generasi Millenium tidak pernah terfikir, MRT tidak hanya sebuah sistem pengangkutan biasa. MRT menelusuri masa mengingatkan kita akan sejarah jerit-perih kita di era penjajahan dahulu. Juga memberitahu kita, perlunya kita pertahankan apa yang kita telah perjuangkan. Jom naik MRT.

#Negaraku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s