BAGAIMANA BENDERA MALAYSIA TERBENTUK

bendera-malaysia-jalur-gemilang-dalam-kelas

Lazimnya, bendera Malaysia akan dikibarkan setiap kali Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Juga dikibarkan oleh kontijen dan atlet negara yang bertanding di temasya sukan antarabangsa. Pernahkah kita terfikir bagaimana bendera Malaysia terbentuk?

image

Pada 10 Ogos 1949, Surat khabar The Malay Mail telah mengiklankan satu pertandingan khas mencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 373 hasil rekaan telah diterima oleh pihak penganjur dari segenap lapisan masyarakat. Sebelum itu, sebuah jawatankuasa pengelola dan pemilihan reka bentuk bendera Malaysia telah ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Laporan Jawatankuasa ini diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 November 1949.

WhatsApp Image 2017-07-16 at 3.09.11 PM

Sebanyak 3 rekaan telah disenarai pendek dan dibenatangkan di hadapan Raja-Raja untuk proses pemilihan. Akhirnya, pada 19 April 1950, atas nasihat Majlis Raja Perundangan Persekutuan dan atas persetujuan Raja-raja Persekutuan Tanah Melayu, bendera Malaysia yang ada sekarang dipilih menjadi bendera rasmi Malaysia.

CMyvBhdWIAAkSYD

Bendera Malaysia telah direka oleh Mohamed bin Hamzah. Beliau merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru. Lakaran Bendera Malaysia yang direka beliau telah dihantar kepada Clerk of Councils, The Council Chamber, Kuala Lumpur sebagai penyertaan. Penemuan hasil lakaran ini mengiktiraf beliau sebagai pencipta Bendera Malaysia. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasmi pada 26 Mei 1950. Kemudian, pada 31 Ogos 1997, Bendera Malaysia ditukarkan nama baru sebagai ‘Jalur Gemilang’ oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka.

000000525370

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s