MAKNA SEBENAR DI SEBALIK RUKUN NEGARA

104191537

Jangan terkejut jika generasi X, Y dan Z  a.ka. ‘Budak-budak Wechat’ hari ini tidak mengenali apa itu Rukun Negara. Di laman sosial pula, hampir setiap hari viral isu pergaduhan, konflik antara agama dan undang-undang. Ramai dikalangan rakyat Malaysia mula membicarakan tentang hak masing-masing tetapi mungkin terlupa kepada nilai-nilai penyatuan yang selama ini menjadi asas kepada pembangunan negara.

DateWith_5

Rukun Negara perlu dilihat bukan satu retorik politik untuk ‘menguntungkan’ mana-mana pihak atau parti politik. Malaysia bukanlah negara yang pertama memperkenalkannya. Di China, pada tahun 1964, ketika era Mao Tse Tung, beliau memperkenalkan ‘Buku Merah’ yang mengandungi lebih 200 kata-kata/ideologi Mao bertujuan menyatukan rakyat China di bawah satu ideologi. Rakyat China begitu teruja membaca dan mengagungkan buku merah ketika itu.

Pancasila1-464x232Di Indonesia, pada tahun 1945, Presiden Indonesia, Sukarno memperkenalkan ‘Pancasila’ yang mengandungi Dasar Negara berkaitan keagamaan, nasionalisme dan sosialisme. Menariknya, Pancasila masih menjadi ideologi rasmi Indonesia dan dibanggakan oleh rakyat Indonesia hingga ke hari ini.

13-mei1

Tragedi 13 Mei 1969 pernah tercatat di dalam sejarah hitam rakyat Malaysia. Rusuhan antara kaum Melayu dan Cina yang mengakibatkan kematian ratusan orang. Peristiwa ini berlaku kerana polarisasi kaum kesan daripada jurang ekonomi antara kedua-dua kaum.

54cacccd-2f96-42f1-8579-8c6421863f0eJusteru, Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 sempena kemerdekaan yang ke 13 bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara meliputi aspek kehidupan seperti keagamaan, kepatuhan kepada raja, kedaulatan undang-undang dan sebagainya penting jika ia benar-benar difahami dan dihayati oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

karangan-perpaduan-kaum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s