DRACULA UNTOLD?

60c678ee59a19d7a5ba9d1679fad1b2c--monster-movie-monster-mash

Pernahkah anda menonton cerita Dracula? Mesti ramai yang minat dan obses dengan watak ini. Dracula digambarkan sebagai seorang lelaki tampan dengan baju berkolar tinggi, mendampingi wanita-wanita cantik dan menghisap darah. Tetapi, siapa sebenarnya Dracula?

dracula

Vlad “Tsepesh” III Dracula lahir pada 13 November 1431 di Sighisoara, Transylvania, Rom. Semasa Dracula lahir, bapanya, Vlad II Dracula hidup dalam buangan di Transylvania dan menyertai pertubuhan elit Kristianiti ‘The Order of the Dragon’.  ‘Dracula’ bermaksud anak kepada Dracul manakala ‘”Tsepesh” bermaksud ‘penyula’ (impaler), satu gelaran yang diberikan kepada beliau kerana beliau suka menyula musuh dan rakyatnya.

Portrait_of_Mehmed_II_by_Gentile_Bellini_(Cropped)

Pada awalnya, Dracula bersahabat baik dengan Putera Muhammad Al Fateh (Putera Raja Sultan Muhammad Murad II (pemerintah Turki Uthmaniyah). Dracula dan adiknya Radu dihantar ke Istana Uthmaniyyah sebagai tebusan politik atau cagaran tanda taat setianya kepada Sultan Muhammad Murad II kerana baginda telah membantu Vlad II merampas semula tahta Wallachia daripada pemberontak.

Dracula untold impaled bodies in sunset opening image luke evans

Di istana, Dracula dan adiknya Radu membesar bersama Sultan Muhammad Al Fateh dan mempelajari ilmu falsafah, Matematik, Al Quran, Bahasa Turki kemahiran perang. Mereka mendapat layanan baik daripada pihak istana. Diringkaskan, Radu akhirnya memeluk Islam dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kontinjen Tentera Elit Turki Uthmaniyah atau dikenali sebagai skuad ‘Janissari’. Sebaliknya, Dracula suka memberontak dan sering bertelagah dengan Radu kerana cemburu. Dracula marah dengan bapanya kerana mennjadikan beliau sebagai tebusan politik di istana dan melanggar sumpah pertubuhan ‘The Order of the Dragon’.

Vlad_the_Impaler_Turkish_Envoys

Pada Disember 1447, bapa Dracula, Vlad Dracul dibunuh dengan kejam oleh pemberontak dan abangnya dibtakan dan ditanam hidup-hidup. Peristiwa ini menjadikan Dracula mula berubah sikap menjadi murung dan berdendam. Dracula mula suka menyula haiwan sebagai melempiaskan kemarahannya.

vlad_tepes_orig_edit-x01

Diringkaskan, Dracula dilantik menjadi raja ke Wallachia setelah kematian bapanya. Beliau memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan politik bagi membangunkan semula Wallachia. Walaupun hebat dalam mentadbir negara, tetapi Dracula berdendam dengan golongan Boyar yang pernah membunuh bapanya. Beliau membunuh 40,000 ke 100,000 nyawa dan berasa seronok dengan menyeksa mangsanya. Pelbagai bentuk seksaan dikenakan dan yang paling disukainya ialah sula. Tempoh pemerintahan Dracula adalah yang paling kejam ketika itu.

Sultan Muhammad al-Fateh

Akhirnya, Dracula bertindak menyerang tentera Turki selain membunuh dan menyula mereka dalam insiden ‘Serangan Malam Targoviste’. Hampir 20,000 tentera Turki disula dan dibiarkan terpacak sehingga reput. Sultan Muhammad Al Fateh murka dan menghantar adik Dracula, Radu bagi mengetuai Tentera ‘Janissari’ bagi menentang Dracula. Akhirnya, Dracula mati dibunuh pada Disember 1476.

50282-dracula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s