KAHWIN ‘RARE’; APA YANG PERLU ANDA TAHU?

d40718f1-1d24-4291-acc0-23b1917b4b2c

Viral kisah seorang budak lelaki bernama Selamat, 16 tahun berkahwin dengan seorang nenek bernama Rohaya berumur 71 tahun di Indonesia.  Perkahwinan yang dianggap ‘rare’ ini membuka mata masyarakat kita tentang perkahwinan di bawah umur yang sedang berlaku di seluruh dunia.

forced-marriage-2

Perkahwinan di bawah umur dikategorikan kepada dua iaitu secara paksaan (forced marriage) atau dengan kebenaran (arrange married). Lazimnya, forced marriage berlaku disebabkan beberapa faktor seperti untuk melunaskan hutang keluarga, memelihara darah keturunan, atau bertujuan menyatukan dua puak/kaum berbeza.  Menariknya, amalan forced marriage begitu meluas diamalkan sekitar zaman pertengahan (Medieval) di kalangan golongan beraja.

Valentine,_Laura_-_Aunt_Louisa's_Nursery_Favourite_-_0029

Salah satu jenis forced marriage ialah ‘bride kidnapping’ iaitu pengantin diculik dan dipaksa berkahwin dengan Si Penculik. Amalan ini pernah wujud dan masih diamalkan di beberapa kawasan di Asia, Afrika, Mexico dan Romania. Sekali imbas, macam lagu ‘Kupinang-pinang tak dapat-dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari’.

Forced-Marriage-HP

Mengikut laporan UNICEF, Di Mexico, sebanyak 23% daripada jumlah kanak-kanak perempuan berkahwin di bawah umur 18 tahun. Manakala 5% lagi berkahwin di bawah umur 15 tahun. Secara totalnya, Mexico menduduki tangga ke lapan dunia dalam perkahwinan kanak-kanak di bawah umur. Di Bangladesh, 66% kanak-kanak perempuan berkahwin di bawah umur 18 tahun. Mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang diimpikan dan seringkali dinafikan hak mereka dalam pendidikan. Malah ada di kalangan mereka diperhambakan.

Byww1OQIMAA9QXc

Malaysia turut tidak terkecuali dengan 9,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun berkahwin sejak lima tahun lepas. Sesetengah mereka berkahwin kerana ‘dirogol’. Bagi menangani isu ini, Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak pada April 2017 bertujuan melindungi kanak-kanak. Mahkamah Khas Jenayah Kanak-Kanak yang pertama di Asia juga ditubuhkan bagi menangani isu ini.

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s