GADIS SHELL DAN MINDA KELAS KETIGA

19665201_413833375678284_7483370831726127749_nGempar isu gambar gadis Shell dicabul kehormatan oleh beberapa orang individu tidak bertanggungjawab. Isu ini tidak hanya viral di media sosial malah turut mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau meluahkan rasa kecewa beliau berhubung isu ini di laman twitter nya. Lebih mengejutkan, isu ini turut mendapat kecaman masyarakat antarabangsa apabila journalis antarabangsa dari BBC turut sama melaporkan.

Capture

Sejarahnya, wanita berjuang sekian lama untuk mendapatkan hak mereka agar dipandang setaraf dengan kaum lelaki. Percaya atau tidak? Hak Wanita di Negara Dunia Pertama, Amerika hanya diiktiraf selepas undang-undang digubal pada tahun 1920. Sebelum itu, wanita dianggap tidak mempunyai hak yang sama dengan lelaki. Mereka bebas diperlakukan sesuka hati dan sesetengahnya diperhambakan.

150325112724-12-era-history-super-169

Di beberapa negara, wanita sentiasa diancam dengan gangguan seksual, penindasan dan diangap tidak setaraf dengan kaum lelaki. Laporan kajian yang dijalankan oleh Indian National Bar Association (INBA) mendapati, 38 peratus daripada 6,047 respondan (lelaki dan perempuan) mengakui bahawa mereka mengalami gangguan seksual di tempat kerja. Manakala, sebanyak 69 peratus tidak membuat laporan. Mereka tidak hanya diganggu, malah ada yang didera dan dibunuh.

170619-miller-muslim-girl-killed-tease_puiwvs

Malala Yousafzai adalah seorang anak gadis kelahiran Pakistan yang dinafikan hak untuk mendapat pendidikan dan pernah ditembak Taliban kerana dianggap menentang ‘tradisi’ monopoli kaum lelaki. Begitu juga dengan Prak Soth, seorang gadi Kemboja yang mati dirogol dan dibunuh oleh empat lelaki. Tidak terkecuali, seorang gadis Muslim bernama Nabra Hassanen berumur 17 tahun yang dirogol sehingga mati oleh seorang lelaki di Virginia, Amerika Syarikat. Di India, seorang anak perempuan kecil berumur lima tahun mati dirogol sekumpulan lelaki.

Indian-Rape_033366213658

Islam meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi kerana merekalah Ibu, Isteri dan anak perempuan kita. Mereka perlu dilindungi dan dihormati, bukan diperlakukan sesuka hati. Tiada gunanya jika kita hanya mengagungkan kemajuan tetapi minda kita masih di takuk Minda Kelas Ketiga.

30-rape-placard-IndiaInk-superJumbo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s