SELAMATKAH DUNIA DENGAN SENJATA NUKLEAR?

104326186-RTS11S5L.530x298

Korea Utara sekali lagi mengancam dunia dengan pelancaran peluru berpandu terbarunya. Amerika bertindak dengan mengusulkan embargo ke atas Korea Utara selain menambah bilangan tenteranya di Korea Selatan. Apakah sebenarnya senjata nuklear? Benarkah dunia akan Selamat dengan senjata nuklear?

maxresdefault

Nuklear merupakan senjata pemusnah paling berbahaya di abad ini. Bom atom atau A-Bomb akan meletup daripada tenaga yang dihasilkan melalui proses ‘nuclear fission’ yang meledak di dalam. Bahan seperti uranium atau plutonium digunakan bagi meningkatkan tahap ledakan yang tinggi dan mampu mencapai impak radius keluasan yang jauh.

nuclear-weapons

Menariknya, sejak nuklear diperkenalkan, senjata ini tidak pernah digunakan kecuali ketika Amerika menyerang Jepun dalam Perang Dunia ke-2.   Amerika telah menggugurkan bom atom ‘Little Boy’ di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan ‘Fat Man’ di Nagasaki bagi menuntut tentera Jepun mengaku kalah terhadap Amerika. Seramai 120,000 orang rakyat Jepun telah terkorban selain mengakibatkan kecacatatan kekal kepada mangsa.

hiroshima

Rusia hampir melancarkan senjata nuklear nya dalam ‘Krisis Peluru Berpandu Cuba’pada tahun 1962 sebagai bantahan terhadap Amerika tetapi akhirnya kedua-dua pihak Rusia dan Amerika bersetuju untuk membawa isu itu ke meja rundingan.

blockade-newspaper

Dianggarkan terdapat lebih 26,000 senjata nuklear di seluruh dunia. Antara negara yang mempunyai senjata nuklear ialah Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, China, Pakistan, India dan Korea Utara. Afrika Selatan juga sedang membangunkan senjata nuklearnya sendiri. Ramai Saintis percaya Israel juga mempunyai senjata nuklear tetapi Israel menafikannya.

download

Ironinya, Negara Kuasa Besar bersaing-saing membangunkan senjata nuklear sekaligus memberi ancaman kepada dunia. Sehingga kini, dunia hanya bertahan dengan beberapa perjanjian yang menyekat penggunaan nuklear. Tetapi harus diingat, perjanjian dan resolusi antarabangsa seringkali dicabuli Kuasa Besar atas kepentingan mereka. Hakikatnya, dunia menjadi semakin tidak selamat.

hiro6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s