MELAYU DAN JOHOR

17309447_441633972846636_8422385138230636470_n

Kata Hang Tuah; “Tak Melayu Hilang di Dunia”. Hebat Bangsa Melayu ni kan? Melayu juga kaya dengan budi bahasa, adat-resam dan institusi beraja yang tak banyak negara yang amalkan hari ini. Sejarah kehebatan Melayu ini banyak ditulis oleh pengkaji Barat. Terdapat 32 naskah dan 6 edisi Sejarah Melayu yang ditulis (V.Thilagavathi Gunalan,1999). Ramai yang tak tahu ada pendapat sarjana Barat yang mengatakan Sejarah Melayu mula-mula sekali ditulis di Johor.

SEJARAH MELAYU

Kalau kita belajar sejarah di sekolah dan universiti, mesti jumpa nama rujukan penting pasal Sejarah Melayu iaitu “Sulalatus Salatin”. Karya ini penuh dengan sejarah Melayu. Dikatakan Sejarah Melayu pertama mula-mula dijumpai dalam buku ” Introduction to the Malayan Vocabulary of Guayner” hasil tulisan seorang sarjana barat bernama Petrus Van der Gueyner. Sejarah Melayu juga dijumpai dalam karya Francis Valentijn (abad ke 18) bertajuk Sejarah Ringkas Hindia Timur. Sarjana barat yang lain ialah William Marsden (1811); ” A History of Sumatera” dan John Leyden (1821). Kemasyuran Melayu ini mula ditulis secara meluas pada abad ke 19. Korang tak rasa bangga ke sejarah kita orang putih tulis?

ORANG KAYA SOGOH

Sarjana Sejarah tak dapat putuskan siapa sebenarnya yang mula-mula menulis Sejarah Melayu. Ada dua nama yang paling masyhur iaitu Tun Sri Lanang dan Orang Kaya Sagoh. Orang Kaya Sagoh ditulis sebagai cicit kepada Bendahara Tun Perak. Semasa Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, beliau yang masih kecil turut sama menentang Tentera Portugis.

Ada satu pendapat lain dalam buku lama ditulis pada tahun 1609 “The Twelve Years Truce”, Orang Kaya Sagoh adalah seorang pembesar Johor yang lari ke Johor bila Melaka kalah kepada Portugis.

Sarjana Barat Winsteid (1938) menyatakan tempat mula-mula Sejarah Melayu ditulis dan dikumpulkan ialah di Pasir Raja, Johor. Weinsteid merujuk kepada mukadimah Raffles MS No.18. Linchen (1947) pula menyatakan naskah Sejarah Melayu dilarikan ke Pahang oleh Sultan Mahmud apabila Melaka kalah kepada Portugis pada tahun 1511. Kemudian pada tahun 1612 dibawa ke Johor.

Sememangnya Melayu dan Johor memang tak dapat dipisahkan. Kalau ikut sejarah parti Melayu Pertama pun diasaskan di Johor. Betullah. “Tak Melayu Hilang di Dunia”.

BANGGA WEH ORANG JOHOR!

#PengerangKita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s